Selasa, 15 Mac 2011

tsunami itu

Assalamualaikum and greeting to all,

In the name of ALLAH, Tuhan semester alam..

Alhamdulillah, Praise be to ALLAH, atas segala rezeki n rahmat yg tdak putus2..

Hari khamis lepas, dunia dikejutkan sekali lagi dengan bencana tsunami yg melanda Jepun. Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh masyarakat dunia, ada yang bersimpati, ada yang mengeluarkan belbagai2 spekulasi, malah ada juga yang menjadikan isu tsunami yang melanda Jepun itu sebagai bahan jenaka.

Seingat sy, pertama kali mendengar berita tsunami pd tanggal disember 2004, dunia dikejutkan dengan bencana ombak tsunami melanda sekitar Aceh, Phuket dan Pantai Batu Feringgi, satu bencana yg telah meragut kehilangan banyak nyawa, yg telah memusnahkan banyak harta, yang telah menyebabkan anak kehilangan ibubapa tempat bergantung, ibubapa kehilangan anak-anak kesayangan. Ketika itu, mungkin kerana bencana itu dekat dengan kita, maka sedikit sebanyak dari kita orang Malaysia mengambil ibrah dari bencana itu. Orang-orang Islam yang sudah lama meninggalkan Tuhan kembali mencari cinta kasih penciptanya, kembali bersujud kepada ALLAH, orang2 Islam yang jauh terpesong di jalan2 hitam, kembali kepada jalan Illahi kerana tersedar akan Hebat dan Agungnya Tuhan semester alam. Ramai yang mengambil iktibar dari kesan bencana ini, apabila seluruh bandar Aceh musnah ranap ditimpa ombak yg mengganas tetapi dengan kuasa ALLAH sebuah masjid di tengah2 bandar itu langsung tidak terusik. Subhanallah, ALLAH MAHA BERKUASA..dan semua orang yang berada dalam masjid itu adalah antara orang2 yang terselamat.Inilah bukti cinta ALLAH kepada org2 yg bertaqwa.Bencana ini juga telah membuka pintu hidayah kepada sahabat2 non-muslim tuk menjadi saudara seagama kita. Itulah kesan positif kejadian tsunami 2004.

Dan kini, tanggal mac 2011, sekali lagi dunia dikejutkan dengan bencana tsunami yg melanda Jepun, negara yg selama ini dipandang gah dari segi teknologi dan ekonomi oleh seluruh masyarakat dunia. Tapi mungkin kerana bencana ini berlaku jauh dari kita, tidak melibatkan orang2 terdekat dengan kita, maka bencana ini seperti tidak memberi apa2 kesan kepada kita di Malaysia.

Tidakkah kita sedar bencana yg melanda Jepun ini adalah peringatan ALLAH yang kedua selepas apa yg berlaku di Aceh, Phuket dan Batu Feringgi yang lalu?
Iya betul, memang kita di Malaysia mengambil tahu tentang berita ini, kita membaca berita tentang tsunami di dada2 akhbar, kita menonton berita tsunami dalam berita, kita tengok video tsunami dalam You Tube, kita share article2 berkaitan tsunami dalam email, twitter dan facebook, kita berborak isu tsunami, tapi apakah kita mengambil pengajaran dari isu ini?

Apakah kita mengambil pengajaran?

Remaja2 kita di Malaysia masih sibuk dengan budaya hedonisasi yang tak berkesudahan, msih bebas bergaul sosial tanpa batas, mereka yang bercakap tentang tsunami, mereka yang share segala bagai article2 n video2 tsunami, tapi mereka jugalah yang bergelak ketawa berhibur dan bersosial tanpa batas ketika berita2 tsunami masih sehangat goreng pisang panas. mereka jugalah yang masih berseronok terkinja2 di konsert dan tempat hiburan.

Cuba kita tgok dan renung balik filem2 keluaran negara kita, even ada FINAS yang menapis, tapi masih memaparkan kisah yang ntah apa2 kepada masyarakat MALAYSIA, yang masih mengiklankan tentang kerosakan nilai2 akhlak anak2 melayu, yg mempromosikan cerita2 hantu yg x sudah2..

Orang2 perempuan yg msih leka mahu kelihatan cantik, yang masih menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit supaya kelihatan angun di mata org lain, yg pakai ikut taram suka hati sendiri tanpa berfikir soal aurat, yg lebih mengutamkan pandangan mata orang dari pandangan mata ALLAH dalam berfesyen. Orang lelaki yg lagi seronok dan bangga memcuci mata membiarkan perempuan2 milik mereka membuka aurat sesuka hati.

Adakah kita sedar bahawa Tsunami ini peringatan dr ALLAH unttuk kita?
Tsunami ini adlah love lesson dr ALLAH untuk kita untuk kembali kepadaNYA..hanya Dia yg SATU..
sedarlah wahai diri, sementara DIA masih mahu memberi petunjuk, selagi DIA masih mahu bagi kita peluang kembali kepadaNYA. Atau mungkin kita mahu tsunami melanda tmpt kita dlu, meragut nyawa orang2 kesayangan kita dlu atau nyawa kita sendiri, baru kita nk sedar..mungkin masa itu sudah terlambat..

Sebelum bercakap psl Jepun, ambiklah ikhtibar n ibrah dr peristiwa tsunami itu terhadap diri kita disamping turut berdoa akan kesejahteraan saudara2 seakidah kita disana. Mereka bangsa yang hebat,mereka pernah jatuh ketika Hirosima dan Nagasaki di bom suatu ketika dlu, dan mereka mampu untuk bangkit menjadi bangsa yang disegani dunia.dan sy percaya, meraka mampu bangkit semula selepas bencana ini seperti apa yg telah mereka lakukan dulu..Cuma kita mampu berdoa,semoga bencana tsunami yang menimpa mereka ini dpt membawa mereka ke pintu hidayah agar mereka sedar bahawa ada Kuasa yg Maha Berkuasa yang mengatur dan mentadbir alam ini. Agar mereka sedar sehebat mana pun teknologi dan kukuhnya ekonomi mereka, tetap dan pasti ada lagi kuasa yang terhebat. Kuasa Tuhan Semester Alam.

moga bencana tsunami kedua ini sekali lagi menjadi turning point tuk kita untuk lebih dekat dgn ALLAH, Tuhan pencipta sekalian alam.


Sincerelywitluv,
hikariputeri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan